Peribahasa lama mengingatkan kita "jika tidak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya." Bidalan silam ini menyarankan agar kita berusaha keras dalam mengejar impian.
Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Rajin dan usaha tangga kejayaan. Keyakinan dan kemahuan untuk memiliki sesuatu adalah merupakan kunci kepada segala kejayaan tadi. Lalu orang lama zaman silam mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.
Zaman untuk mengeluh, berputus asa, merintih dan menyesali takdir sudah lama berlalu. Begitu juga berfikiran negatif dengan melihat kepada orang lain sebagai punca kegagalan diri sendiri adalah sudah tidak masuk akal lagi.
Hari ini jika kita gagal dalam apa bidang sekalipun yang harus dipersalahkan ialah diri sendiri. Hari ini jika kita gagal dalam hidup yang perlu disalahkan hanyalah diri sendiri dan bukanya pihak lain.
Hari ini jika gagal memiliki sedikit wang atau gagal memiliki banyak wang yang patut disalahkan adalah diri sendiri.
Jangan anggap kenyataan di atas sebagai leteran, sebaliknya anggaplah ia sebagai motivasi diri yang berguna.
Bangun pagi dan lihat di sekeliling kita, maka akan kita dapati segala-galanya mendatangkan wang. Seorang lelaki dengan basikal buruk dan pakaian comotnya sibuk merayau-rayau ke segenap lorong di taman tempat saya tinggal.
Dia tidak pernah memperdulikan sesiapa. Orang juga tidak pernah mempedulikan dia. Sepanjang hari kerjanya mengumpulkan segala benda terbuang seperti tin minuman, tin susu, botol plastik, besi-besi buruk dan pelbagai jenis barang lagi. Lewat petang dia mengayuh basikalnya dengan pantas sekali menuju ke tempat pengumpulan barang-barang tadi lalu menjualnya kepada pembeli besi buruk berkenaan dan setiap hari pendapatannya adalah lumayan.
Seorang yang lain pula mengambil sebuah kuali, membawa tong gas dan setandan pisang lalu duduk di hadapan sebuah pasar raya yang sibuk mulai pukul 3 ptg dan menggoren pisang. Lewat petang dia kembali dengan hasil jualannya yang sangat lumayan.
Kita lihat penjual sate di tepi-tepi jalan, penjual air tebu, pencuci kereta, pekerja di sebuah restoren mamak, penjual mee rebus di sebuah gerai bergerak, peniaga di Pasar Tani atau di pasar-pasar malam yang berselerakan di negara ini dan pelbagai lagi jenis pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan wang.
Peluang-peluang tersebut semuanya terdapat di negara yang aman makmur ini dan sesiapa juga boleh mencari nafkah selagi dia tidak berfikiran negatif dan asyik menyalahkan orang lain atas kemiskinan dia kecuali diri sendiri.
Jika tidak mahu bekerja sendiri bersedialah untuk bekerja dengan orang lain dan berpuas hatilah dengan gaji yang diterima pada setiap hujung bulan bersesuaian dengan tugasan yang dilakukan. Peluang terbentang luas, cuma memerlukan sedikit usaha.
Di posting yang akan datang kita akan berbicara mengenai peluang dalam perniagaan MLM, pemasaran bertingkat yang terlalu banyak terdapat di dalam negara kita ini.
Jumpa lagi.
Link berikut boleh membantu:
www.abng2u.com/jokiden
www.abng2u.com/afiq
www.abng2u.com/qawiyy
www.abng2u.com/aqilah
www.abng2u.com/jokiden3

No comments:
Post a Comment