MEMIMPIN EKONOMI GLOBAL

MEMIMPIN EKONOMI GLOBAL
POTENSI PENDAPATAN RM20K SEHARI

Wednesday, 4 May 2011

MAKSIMA PASANGAN BERLAKU

Salam sejahtera semua ahli yang dikagumi,

Pada hari Isnin 2 Mei 2011 seorang ahli ABN berpangkat Bronze telah berjaya memperolehi pendapatan maksima sehari iaitu 20 pasangan dan bonusnya ialah sebanyak RM1000.00. Didoakan agar beliau terus berjaya bersama ABN. Diharapkan juga agar lebih ramai ahli yang bakal memperolehi pendapatan maksima harian dalam sedikit masa lagi.




                                                                             

Perjumpaan mingguan pada 3 Mei 2011 kelihatan semakin meriah. Pada kali ini beberapa orang ahli termasuk DUTA ABN Ybhg Dato' Aziz Singah turut menerima bonus daripada Ybhg Datuk Hj Haron Hassan Pengerusi Eksekutif ABN.





Selain daripada itu beberapa orang menerima hadiah cabutan bertuah. Jamuan turut diadakan seperti biasa. Sebenarnya dengan menyertai Kumpulan ABN ini pelbagai peluang menambah pendapatan disediakan bagi sesiapa sahaja yang ingin mencuba Nasib.

Para ahli boleh memilih untuk menambah pendapatan melalui Networking yang menyediakan peluang yang hebat dimana potensi pendapatan antara RM1000.00 ke RM20,000.00 sehari.

Ahli juga boleh menjadi Usahawan Burung Walit. Ahli juga boleh menambah pelaburan dalam Koperasi Alam Bersih. Ahli juga boleh memiliki hartanah di Jelebu. Ahli juga boleh memiliki rumah pertama melalui program yang dianjurkan oleh ABN. 




 Presiden dan Timbalan Presiden Ko-alam berkongsi kejayaan



Qawiyy ahli muda ABN menerima bonus dari Ybhg Datuk Hj Haron Hassan. Pencapaian terbaik beliau setakat ini ialah sebanyak RM1600.00 sehari.

Perkongsian malam ini agak hebat juga. Ybhg Datin Rosmah menceritakan bagaimana orang-orang kaya dan banyak wang berbelanja.

Suatu hari beliau mengikuti keluarga orang kaya pergi membeli belah di Kota Bangkok. Beliau hanya sekadar pembawa beg dengan makan minum, tambang perjalanan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga tersebut.

Orang yang kurang mempunyai wang merasakan semua barang yang hendak dibeli berharga mahal dan harga merupakan perkara penting untuk diberi perhatian sebelum sebarang keputusan dibuat. Namun bagi keluarga kaya tadi harga bukan perkara utama. 

Mengikut pengalaman Datin Rosmah, anak beranak keluarga tersebut membeli hand bag berjenama, tali pinggang, kasut dan neck tie macam beli goreng pisang je, main borong semacam, hinggakan dia terlopong mulut memerhatikan gelagat keluarga tersebut.

Selesai membeli belah mereka ke hotel yang telah ditempah oleh agensi pelancungan. Melihat keadaan bilik yang tidak memuaskan hati si anak, maka si ibu telah menukar bilik ke taraf suite. Maka Datin Rosmah pun merasai tinggal di suite mewah untuk pertama kali dalam hidupnya.

Peristiwa ini terjadi pada tahun 1981. kembali ke Malaysia berhari-hari, malah berbulan-bulan Datin Rosmah termenung. Akhirnya Datin Rosmah menyimpan cita-cita untuk menjadi orang kaya dan berazam untuk berbelanja seperti orang-orang kaya.  

Mulai saat itu beliau bekerja keras dan hasilnya hari ini Datin Rosmah juga merupakan seorang yang kaya dan apabila ke Bangkok atau keluar negara, orang lain pula yang tukang bawa beg dia...Dia hanya membeli...

Hubungi Jokiden di 012 2345889 untuk keterangan lanjut.


Thursday, 21 April 2011

PELAN PEMASARAN ABN



Angka RM20,000 ini adalah jumlah pairing sehari yang ahli mampu perolehi sekiranya memilih pakej PLATINUM berharga RM7,000.00

Dengan memilih pakej PLATINUM jumlah pasangan yang layak dinikmati dalam sehari ialah 400 pasangan. Setiap pasangan akan dibayar RM50.00 x 400 Pasangan maka RM20,000.00 sehari dan potensi sebulan ialah RM600,000.00.

Di ABN sesiapa juga boleh mencipta kejayaan sekiranya melakukan yang terbaik. Rahsianya hanya satu iaitu melakukan seperti yang disarankan dengan penuh keyakinan. Lakukan setiap HARI, hasilnya pasti lumayan.



Pihak Syarikat dalam waktu terdekat akan menambah senarai produk demi untuk memberi pilihan yang lebih kepada ahli-ahli. Antara produk yang telah dikenal pasti ialah, HS5 untuk Sliming, Kopi Power, Susu Kambing dan Syampoo hebat. Maklumat lanjut tentang produk boleh klik di sini

Tidak mengapa memilih pakej yang kecil terlebih dahulu iaitu RM350.00. Kemudian boleh upgrade apabila downline telah melebihi 4 generasi. Bonus Unilevel yang dibayar bagi ahli yang memilih pakej BRONZE hanyalah 4 generasi sahaja. Sekiranya ahli telah bertambah di bawah rangkaian, maka digalakan ahli supaya upgrade ke pakej yang lebih tinggi. Untuk upgrade ahli terpaksa membayar harga PENUH.


Hubungi Jokiden di 012 2345889 untuk keterangan lanjut atau daftar percuma di www.abng2u.com/jokiden. Dalam sistem syarikat sesiapa yang mendaftar awal dan mengaktifkan akaun awal akan duduk di atas.



Bonus pasangan yang amat menarik dan dibayar harian. Flushing kaki kecil akan berlaku apabila melebih jumlah kemasukan pada hari berkenaan. Contohnya bagi pakej BRONZE terdapat kemasukan sebanyak 22 lot di sebelah KIRI dan 27 lot di sebelah KANAN, maka syarikat akan membayar cuma 20 pasangan iaitu RM1,000.00. Baki 2 lot di kaki KIRI akan hilang dan baki 5 lot di kaki KANAN akan dibawa ke hadapan.



Bonus Pool iaitu CTO syarikat, lagi istimewa, walaupun ahli gagal menaja sesiapapun, bonus tetap dapat mengikut pakej yang dipilih. Oleh kerana ini mengikut susunan automatrik syarikat maka peluang ahli yang mendaftar dahulu lebih cerah daripada ahli yang mendaftar kemudian. Siapa daftar dulu, dia dapat dulu. Menariknya Bonus Pool juga dibayar HARIAN.


Untuk ahli-ahli yang sibuk dan supaya tidak terlepas pandang, syarikat membuat potongan AUTO MAINTAIN setiap kali ahli dapat bonus. Bagi ahli yang perihatin maintain bulanan boleh dibuat secara manual, boleh bankin dan boleh tolak terus dari bonus.






Beruntunglah ahli-ahli yang mengambil pakej PLATINUM kerana syarikat membayar bonus sehingga ke generasi yang ke 20. Jika ahli menggunakan matrik 5 sahaja maka lihatlah potensi pendapatan seperti di bawah:

Level 1, 5 x 10 = RM50.00

Level 2, 5 x 5 x 5 = RM125.00

Level 3, 5 x 5 x 5 x 5 = RM625.00

Level 4, 5 x 5 x 5 x 5 x  5 = RM3125.00

Level 5, 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 4 = RM12,500.00

Level 6,  5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 4 = RM62,500.00

Level 7, 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 4 = RM312,500.00

Level 8, 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 5 x 4 = RM1.562,500

Level 9 - Level 20 RM?????????????????????????????????


HUBUNGI JOKIDEN DI 012 2345889 atau daftar PERCUMA di  www.abng2u.com/jokiden



Wednesday, 20 April 2011

BERSAMA MEMBINA KEYAKINAN

Peribahasa lama mengingatkan kita "jika tidak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya." Bidalan silam ini menyarankan agar kita berusaha keras dalam mengejar impian.

Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek.  Rajin dan usaha tangga kejayaan. Keyakinan dan kemahuan untuk memiliki sesuatu adalah merupakan kunci kepada segala kejayaan tadi. Lalu orang lama zaman silam mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

Zaman untuk mengeluh, berputus asa, merintih dan menyesali takdir sudah lama berlalu. Begitu juga berfikiran negatif dengan melihat kepada orang lain sebagai punca kegagalan diri sendiri adalah sudah tidak masuk akal lagi.

Hari ini jika kita gagal dalam apa bidang sekalipun yang harus dipersalahkan ialah diri sendiri. Hari ini jika kita gagal dalam hidup yang perlu disalahkan hanyalah diri sendiri dan bukanya pihak lain.

Hari ini jika gagal memiliki sedikit wang atau gagal memiliki banyak wang yang patut disalahkan adalah diri sendiri.

Jangan anggap kenyataan di atas sebagai leteran, sebaliknya anggaplah ia sebagai motivasi diri yang berguna.

Bangun pagi dan lihat di sekeliling kita, maka akan kita dapati segala-galanya mendatangkan wang. Seorang lelaki dengan basikal buruk dan pakaian comotnya sibuk merayau-rayau ke segenap lorong di taman tempat saya tinggal.

Dia tidak pernah memperdulikan sesiapa. Orang juga tidak pernah mempedulikan dia. Sepanjang hari kerjanya mengumpulkan segala benda terbuang seperti tin minuman, tin susu, botol plastik, besi-besi buruk dan pelbagai jenis barang lagi. Lewat petang dia mengayuh basikalnya dengan pantas sekali menuju ke tempat pengumpulan barang-barang tadi lalu menjualnya kepada pembeli besi buruk berkenaan dan setiap hari pendapatannya adalah lumayan.

Seorang yang lain pula mengambil sebuah kuali, membawa tong gas dan setandan pisang lalu duduk di hadapan sebuah pasar raya yang sibuk mulai pukul 3 ptg dan menggoren pisang. Lewat petang dia kembali dengan hasil jualannya yang sangat lumayan.

Kita lihat penjual sate di tepi-tepi jalan, penjual air tebu, pencuci kereta, pekerja di sebuah restoren mamak, penjual mee rebus di sebuah gerai bergerak, peniaga di Pasar Tani atau di pasar-pasar malam yang berselerakan di negara ini dan pelbagai lagi jenis pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan wang.

Peluang-peluang tersebut semuanya terdapat di negara yang aman makmur ini dan sesiapa juga boleh mencari nafkah selagi dia tidak berfikiran negatif dan asyik menyalahkan orang lain atas kemiskinan dia kecuali diri sendiri.

Jika tidak mahu bekerja sendiri bersedialah untuk bekerja dengan orang lain dan berpuas hatilah dengan gaji yang diterima pada setiap hujung bulan bersesuaian dengan tugasan yang dilakukan. Peluang terbentang luas, cuma memerlukan sedikit usaha.

Di posting yang akan datang kita akan berbicara mengenai peluang dalam perniagaan MLM, pemasaran bertingkat yang terlalu banyak terdapat di dalam negara kita ini.

Jumpa lagi.

Link berikut boleh membantu:

www.abng2u.com/jokiden
www.abng2u.com/afiq
www.abng2u.com/qawiyy
www.abng2u.com/aqilah
www.abng2u.com/jokiden3